Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Ini telur tak dak,”-PM Janji Harga Telur Baharu Hari Selasa, Sekali Ini Reaksi Mat Sabu

“Ini telur tak dak,”-PM Janji Harga Telur Baharu Hari Selasa, Sekali Ini Reaksi Mat Sabu



Anwar ‘tegur’ Mat Sabu telur tak ada di pasaran


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘menegur’ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu ekoran masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.


“Ini telur tak dak,” katanya kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam loghat utara ketika bersalam dengan Presiden Amanah itu sebelum mesyuarat khas Kabinet hari ini.


Dialog itu antara yang jelas didengari dalam rakaman video dari Pejabat Perdana Menteri yang dikongsi kepada media.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berdiri di sebelah Mat Sabu kelihatan menyampuk gurauan itu tetapi tidak jelas


Dalam perkembangan lain, seramai kepada 132,955 pengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, pada Rabu.


Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru.


Saingan itu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).


Manakala dua lagi pencabar adalah Mohd Bakhri Hashim mewakili Warisan dan calon Bebas, Sreanandha Rao.


DUN Tioman pula bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas.


Calon wanita tunggal, Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).


Justeru, parti manakah yang berjaya memenangi kerusi kedua-dua kawasan berkenaan.


PRU15 di kedua-dua kawasan itu ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini, iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai, dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk DUN Tioman.

Post a Comment for "“Ini telur tak dak,”-PM Janji Harga Telur Baharu Hari Selasa, Sekali Ini Reaksi Mat Sabu"