Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Ada sebab utk mengamuk..”- Baru Je Isteri Minta Cerai, Tak Sangka Ini Tindakan Syamsul Buat Ramai Terdiam

“Ada sebab utk mengamuk..”- Baru Je Isteri Minta Cerai, Tak Sangka Ini Tindakan Syamsul Buat Ramai Terdiam



Kuala Lumpur : Kelantangan ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mengkritik tindakan anaknya yang membuat pengakuan bernikah lagi satu dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini turut mendapat kecaman hebat netizen.


Bagaimanapun, Puteri Sarah mempertahankan tindakan ibu mentuanya yang memberikan komen ‘menusuk hati’ dan pedas terhadap anaknya itu.


“Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku. Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.


“Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu,” katanya.


Puteri Sarah berharap netizen atau pihak luar tidak sewenang-wenangnya mengecam tindakan yang dilakukan Patimah dalam menegur anaknya.

“Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.


“Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini,” katanya.


Dalam pada itu, Puteri Sarah mengaku trauma dengan konflik rumah tangga yang berlarutan hampir empat tahun.


“Sejujurnya memang trauma dengan apa yang berlaku sepanjang empat tahun ini. Tapi saya tahu sudah berjuang habis-habisan termasuk keluarkan perintah injuksi, cari jalan pendamaian serta minta pandangan ustazah, tetapi tetap tak jalan. Jadi sebab itulah kami di sini,” katanya.


Terdahulu, Puteri Sarah selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Mahkamah Syariah di sini, hari ini dan mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai sebutan pertama mereka.


Permohonan cerai terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu apabila tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, baru-baru ini.


Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Syamsul Yusof tak jawab panggilan dan mesej


Cubaan Harian Metro menghubungi Syamsul yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, The Original Gangster tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.


Terdahulu, Puteri Sarah nekad mengambil jalan perpisahan untuk perhubungan mereka selepas sudah berfikir masak-masaknya dalam jangka masa lama sejak empat tahun lalu sehingga akhirnya menutup peluang kedua untuk Syamsul.


Apapun, keputusan untuk berpisah ini semestinya sudah diketahui Syamsul kerana ia terlebih dulu dimuat naik Puteri Sarah di Instagram minggu lalu sebelum memfailkannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.


Terdahulu, Syamsul dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro berkata, dia berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dan keluarganya.

Post a Comment for "“Ada sebab utk mengamuk..”- Baru Je Isteri Minta Cerai, Tak Sangka Ini Tindakan Syamsul Buat Ramai Terdiam"